BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 26, 2009

YanG diCaRI..

yang dicari
walaupun bukanlah putera raja,biarlah putera agama
yg diimpi
biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata
yg dinilai
bukanlah sempurna serba serbi
asalkan sihat rohani dan sempurna hati
yg diharap
bukanlah jihad pada semangat
asalkan perjuangan itu ada matlamat.
yg diidam
bukanlah pd harta atau pada wang berjuta
tidak juga pada lamaran dengan permata
cukuplah dengan kasih syg, kad dan janji setia
yg dinanti
biarlah pada sumpah stia bersama dijlanmu ya Allah
supaya hidup ini sentiasa bahagia dan diredhaiMu
andai tidak sama dengan kehendak hati
Ana redha dengan ketetapan Ilahi
itulah ketentuan dariMu sejak azali

Sunday, December 20, 2009

dIaNtArA GaRiSaN MaNuSiA..

manusia sepatutnya harus berusaha menentang kekejaman dan kejahilan. namun bila dipikirkan memadam memng mudah dibicara dengan mulut tetapi untuk melaksanakannya sukar teramat.kekejaman dan kejahilan berlaku dgn cepat dan trus menular ke seluruh pelusuk jiwa manusia di alam maya.
Apakah manusia2 ini terlahir utk melakukan kejahatan? kekadang masa yg telah menakdirkan manusia itu berubah.
Diantara garisan manusia behati putih dan manusia berhati hitam.Manusia yg pada mulanya berhati putih bersih(warak) serba serbi ilmu dia tahu.dengan ilmu itu ada sedikit sifat syaitan yg akan hadir dalam setiap jiwa manusia iaitu takbur.dan dgn sifat itulah akan lebih menjadi parah jika tidak dirawati dengan baik maka setiap penyakit hati itu(takbur) akan terus berlaku kemaksiatan yg datang tanpa diundang.manusia yg berhati putih itu telah berubah kepada hati hati hitam dengan sifat takbur yg telah merosak hatinya.
diantara garisan manusia berhati hitam.memang kalau kita melihat mereka,kehidupan mereka adalah sebati dengan kemaksiatan,iblis menjadi sahabat mereka,namun dgn perlakuan itu x mustahil mereka bleh berubah dengan sekelip mata. penghijrahan itu berlaku mungkin dengan kejadian atau kelukaan besar diatas kesilapan dari kejahatan dan kejahilan sendiri.maka dengan penyesalan yg ada manusia mula berubah mencari dimanakah diri mereka yg sebenarnya.dan terus berusaha mencari kekuatan untuk berubah kepada kebaikan.inilah dikatakan DIANTARA GARISAN MANUSIA.
kita juga sebagai manusia seringkali mencari kesalahan org lain dan hanya tahu mencaci dan menghina. Hanya segelintir sahaja yg cuba menyelami dan mendalami hati manusia yg teraniaya. Tidak semua manusia melakukan kejahatan dan kekejaman itu dengan kelrelaan hati mereka.cubalah selami hati mereka.
RENUNGLAH KETAJAMAN MINDA ADALAH DARI KEKUATAN IMAN.

Thursday, December 17, 2009

peristiwA PenTinG DalaM MuhaRam

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Tak TerTelAn KePAHItan ItU....



Disember yg berdarah.Tak tertelan kepahitan itu.Tanggal 17 dec 2009 sungguh ana x percaya n x terduga sepupu ana telah menyahut seruan Ilahi.dengn usianya yg yg agak muda iaitu 25 telah diambil kembali oleh yg maha agung pencipta kita.inilah resepi kehidupan manusia yg ana crita.Kematian itu pasti pd setiap makhluk ciptaanNya.darinya kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali.dengan virus yg menyerang kepala nya x sampai sebulan dia terlantar di hospital semalam telah menrima ajal.Allah telah menyayangi lagi.kepahitan yg dirasai leh keluarganya turut dirasai ana.keinsafan menyelubungi jiwa ana sebab segala proses dari memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkan dia telah ana lihat dgn mata ana sendiri.betapa kerdilnya manusia hanya kain putih yg mebaluti jiwa kita.Tiada keluarga,suami dan sahabt yg menemani kita. segala yg ada ditinggalkan dengan mudah sekali.seandainya bekalan kita didunia itu cukup maka senanglah kita diakhirat kelak ttp seandainya bekalan itu tidak mencukupi atau tidak ada langsung padah lah kita utk menemui dan menjawab dengan Rabbul Izzati.Sekembalinya ke tempat asal adalh sesuatu yg amat berat utk dilepaskan namun kita adalh manusia ciptaanNya apa yg boleh dilakukan hanya linangan air mata dan doa sahaja dapt mengiringi jenazah itu.
jodohnye dengan suami hanya pada masa yg singkat iaitu hanya 2 tahun.kematian telah memisahkan mereka.kita sebagai hambanya sentiasa lah bersiap sedia dgn kematian krn bila2 masa saja akn menjemput kita tidak kira usia atau masa.innalillahhiwainnailaihiroji'un
Al-Fatihah untuk Arwah.

DESTINASI TERAKHIR... hanya amal soleh, sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan jadi bekalan selepas mati kelak.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:
i. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
ii. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
iii. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
iv. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
v. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan La ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Thursday, December 10, 2009

RiNdUkU BeRTaut LagI...

Rinduku bertaut lagi...
Dikala memuja dan mengagungiMu
Rasa sepi menyelinap di sanubariku
Padamu ya Tuhan ku bersimpuh
Menadah dua tanganku kepadaMu
Mengenangi titik2 dosa yang ternoda
seperti tinta hitam yg menitis di atas sehelai
Putihnya kertas
Pelangi rindu kuabadikan tatkala cinta bersemi
teguh kepadaMu.
Rinduku bersua kembali...
Semarak api pepohon rindu semakin bersemi
Ketika hari hari yang dilalui emniti jalan yang sepi
Dan pada waktu dinihari embun pagi menitis
Tadahan dua tanganku ini kembali menjadi saksi diri
Kupanjatkan ketenangan,kerinduan dan keampunan
dariMu ya Ilahi
Rinduku bertaut kembali
Dan aku terus rindu dan merindu tanpa ada alasan
untuk ku tidak merinduiMu..

PertEmUan,PerPiSAHAn dAn KeMatIAn..

PERTEMUAN,PERPISAHAN DAN KEMATIAN…
(resepi kehidupan manusia)

Bermula dengan titik pertemuan dari mata turun ke hati iaitu cinta sejati dari Ilahi.
Dan maka kalau dinyatakan pertemuan oleh Allah SWT itu adlh jodoh setiap manusia, dan lahirlah jodoh utk kita. Pertemuan itu akn bermula dgn episod baru iatu bertambah lah ank cucu Adam dan Hawa di ats duniawi yg maha indah ini. Episode itu akan silih berganti dgn setiap detik waktu dan ketika dimana kita bisa lihatinya dgn kemanisan,kepahitan,kejayaan dan kegagalan. Aah! Semua itu rencah kehidupan yg juga bermula dgn setiap detik pertemuan itu. Semua perihal yg berlaku telah direncanakan oleh DIA yg maha berkuasa. Sbg khalifah di atas bumi ini harus sering mengingati pertemuan yg direncanakan itu tak selamanya indah…persiapan dgn perpisahan harus dilakukan dgn hati yg kental..walau sehebat manapun manusia dlm pertemuan itu, akhirnya garisan perpisahan tetap akan mengundang kita..
Perpisahan antara pehubungan manusia samada dr segi hidup ataupun mati.. yg jelas dan nyata adalah resepi terakhir itu adalah kematian bakal menjemput kita diakhirnya. Tidak kira episode pertemuan tadi baru bermula atau sudah lama jika kematian datang menjemput kita tidak boleh kata tidak utk terlepas drnya…setiap yg hidup itu pasti akan mati akhirnya. Dengan itu maka lengkaplah resepi episode sebuah kehidupan manusia di alam fana. Setiap yg direncanakan bukan sekadar hanya disengajakan olehNya ttp harus diingati oleh semua UmatNya bahawa sebgai seorang hambaNya telah diberikan tugasan masing2 untuk dikerjakan supaya menjadikan RESEPI KEHIDUPAN MANUSIA itu adalah yg terbaik disisi ILAHI..hidup indah kerana iman dan Taqwa..walllahualam..
Nukilanku awan biru..

Sunday, December 6, 2009

laluan ReZeKI DarI AllAh SWT...





teringat ana ms kecik2 dulu.laluan ni lah yg abah ana lal lalang pergi kebun mencr rezeki..menoreh getah la ni..hehe tp skunk ana plak merempit kat ats bukit ni g menoreh..x caye btol ana pandai noreh lani haha..hasil blajar dr tok guru ana iaitu abg ana..skrg ni dah pro bab nak noreh getah.byak kije dah aku apply tp x pgl2 lgi..
jgn kate kije interview pun tadak.huhu ak ambik kptsan g noreh dlm 30 pokok hehe..
skrgnye dpt gak duit selain mengisi lpg aku..asyik mkn,tido ngadap laptop..
ana bersyukur pd tuhan x terhingga..dpt juga pengalamn g menoreh walaupun hnya sementara..kalu x reti menoreh bkn nama dia anak jati felda kmpgku..hehehe

Saturday, December 5, 2009

SeOrg gaDis JatuH CinTa

Ana disini kehilgn idea ntuk menaip coretn dlm blog ana ni.
ntah idea dibawa arus deras banjir di kelantan kot hehe..
tp ade lah sedikit pengalamn seorg gadis ni.Die jatuh cinta siber..gadis ni citer pd ana la..so ana pon nak coret pengalamn nye disini..gadis ni bru lah knl mamat ni dlm lmn cit cat x tahu lah ape ym ke ape ke..dlm x smpai sebulan die knl.first die knl dah bertukar no fon ngan mamat tu.(first time bg no kat org laki)yg si gadis ni masyaallah kalu dgn lelaki pemalu sgt2..dlm sms ke citcat ke mcm pro sgt..tp berdepan dgn lelaki huh x tahu la..malu sgt
so, ble dah knl2 ngan mamat ni..dah cite background msg2..si mamat ni ternyatalah mmg taste gadis ni..smkin hr gadis ni suke ngan mamat ni..n akhirnye die jatuh cinte ngan mmat ni.huhu cinta siber ni x menjaminkan kebenaran n kejujuran..bahy kalu terjebak dgn nye..tp bkn x boleh jatuh cinta siber ni..ade juga yg berakhir d jinjang pelamin hasil dari cinta siber juga..yg pentink kite kena berhati2 n pandai jaga diri.. x gitu..tp apa yg ana nak cite disini ialah si gadis ni jatuh cinta sensorg..si mamat ni plak x thu yg gadis ni jatuh cinta ngan die...
so,camne die nak wat die tanye ana..ana pun fail bab2 cintan cintun ni..ade lah sikit nasihat kat die dah cukup knl ke ngan mamat tu..die geleng..so kena knl dgn mendalm lagi..gadis bertannya apa patut kah die berterus terg perasaanye terhadap mamat tu..tp die malu takut bertepuk sebelah tgn..tp x slh kalu perempuan mule dahulu sbb Khadijah isteri Rasulullah sendiri pun memulakn dahulu..disbbkn pekerti yg mulia n agamanye yg teguh x terhgga kpd Allah SWT.apa slhnye kalu lelaki itu is da rite person so trus trg je..kalu die x terima mgkin itu bkn jodoh yg tlh dittpkan utk kite oleh Allah SWT.mgkin ade yg lebih baik tuk kite kelak..
si Gadis ni jatuh cinte disbbkn oleh pekerti n background mamat ni dari golngan org yg beriman( diceritakn oleh mamat tu lah) si gadis belum berjumpa lagi dgn mamat ni..
sampai skrg si gadis masih memendam rasa cinta nya kpd mamat tu.. apa boleh buat si gadis sgt pemalu orgnya..

firman Allah SWt yg bermaksud
"dan Dialah yg membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yg ini tawar lagi segar dan yg lain masin lg ahit, Dan Dia jdkn antara keduanya dinding dan batas yg menghalangi, dan Dia (pula) yg menciptakan manusia dari air, lalu Dia jdkn manusia itu (Punya) keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan yg berasal dari perkahwinan) dan Tuhanmu adalah maha kuasa.
al Furqan:53-54

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:

"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Thursday, December 3, 2009

kesunyian D KetEnanGaN MaLAm

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Wednesday, December 2, 2009

sinar CaHaYa AyAt KuRsI...

SINAR CAHAYA AYAT KURSI *

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..

ciNtE...

CINTE TERBAHAGI KEPADA 3....


1 CINTE DARI SYATAN:

Cinte yang datang hanya kerana nafsu serta terdorong melakukan maksiat.


2 CINTE DARI JIN

Cinte yang terdesak hingga meminte bantuan bomoh @ ilmU hitam..


3 CINTE DARI ALLAH

Cinte pandang pertama,lalu turun ke hati dan akhirnye diakhiri dengan ikatan yang halal..yakni AKAD DAN NIKAH....Smile