BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

keIndaHAn HanYa sEmeNtaRA...


indahnya ciptaan tuhan yang x ternilai bg umatnya..penantian utk melihat bunga matahari ana berkembang mekar sudah pun berakhir..indahnya kurniaan tuhan.setiap kejadian adalah milikNya.keindahan ini juga adalah sementara.sudah sampai masanya bunga ini akn beransur layu.setelah layu dan tiada kudrat lg untuk meneruskan kehidupan maka bunga matahari ini juga akan mati ditelan zaman.begitu juga kehidupa n makhluk alam yang lain seprti haiwan, manusia,gunung ganang,alam cakerawala dan seluruh makhluk akan berhenti meminjam nafas yg hanya sementra apabila tiba masanya.keindahan yg diberi akn diambil semula oleh yg berkuasa iaitu maha pencipta kita di alam fana.x ada kata tidak semua akn berakhir apabila DIA ALLAH SWT yang satu mahu mengambil kembali hak milikNYA.sebagai hamba yg dipertanggungjawab utk bertaqwa padaNya haruslah menjalankan tggungjawab ana n semua makhluk diatas muka bumi Allah.Firman Allah SWT"dan AkU tidak jadikan jin dan manusia itu selain darpd beribadat kepadaKU"dan sama2lah kita saling mengingati dan menyeimbangkan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi. 3 perkara yg ditingglkan oleh kite n diperhitungkan setelah mati iaitu,anak yg soleh,ilmu yg bermanafaat dan sadaqatu jariah..

LaGenDa BudAk sEtaN

Melayu Oh Melayu

sayangkan kekasih tidur-tidurkan
sayangkan anak buang-buangkan

masa buat tiada fikir
semuanya enak tidak bersarung
agamanya Islam, perangainya kafir
benih dah lekat, perut berbusung

mulalah risau fikiran kacau
mana nak disorok jikalau lahir
dua pilihan cangkul atau pisau
mana-mana pun darah perlu mengalir

cari tempat recce tapak
dengan cangkul jadi pilihan
redah hutan redah semak
zuriat ditanam tanpa kasihan

perkara jahat takkan selamat
tidak pun lama rahsia bocor
umum telah temukan mayat
tertangkap sudah si pelacur

tinggal seorang lagi bangsat
pemberi benih kini dicari
mana nak sorok lagi lahanat?
tak lama nanti kau mesti kena gari

Melayu Oh Melayu

Mana dia namanya ibu bapa?
Mana dia didikan agama?
Mana dia jiran tetangga?
Mana dia pendidik dan pemimpin semua?
korang buat apa!

peranan dan tanggungjawab.
ahh, itu isi masa buat karangan.
bukan itu perlu dikaji
kelemahan dan kesilapan

sekarang siapa mau jawab?
Syaitannn!!

kata aku :
igtlah hampa2 kat luaq.aku heran btoi sai apa la menda yg trng lagi bersuluh kata haram,laknat dan seumpamanya,dok merela gatai p bg kat jantan tu ..bodo sguh perangai hampa.x paham btoi aku.bg duit suruh p mengaji alih2 hampa p lepak ngan jantan kat cc,kat kaki lima mana2 port baik punya.
hampa kena pikiaq masa depan kita sbg pempuan ni bkn dok kat tgn jntan keparat tu..tp dok dekat bkl suami kita.sabaq skit bleh x.jaga maruah tu bg lekloq supaya nati bleh luah dekat suami yg sah2 kata halal...bkn nak mengata tapi realiti kita sbg pempuan yg sgt lemah.pd jantan2 keparat hampa pun jgn dok seronok sgt.ada balasan yg setimpal dari ALLAH SWT pada hampa.jd fikir2kanlah.selamat beramal.

bEriTahu PerEmpUaN iTU..

Beritahu pada perempuan itu,
Dirinya ibara kaca,
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih…

Beriahu pada perempuan itu,
Jaga tutur kata,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu merendah dipijak pula,
Berhati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak kata buruk padahnya…

Beritahu pada perempuan itu,
Jaga pakaian, ia cermin peribadi,
Di mana dan dalam keadaan apa,
Biarlah orang kenal kita orang Melayu…

Beritahu pada perempuan itu,
Jagalah maruah,
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
Sekali tersilap langkah,
Akan di cerca selamanya,
Keturunan di hina tak sudah,
Menyesal kemudian bukan faedah…

Beritahu pada perempuan itu,
Simpan secebis malu,
Kerana malu itu sebahagian daripada iman…