BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

keIndaHAn HanYa sEmeNtaRA...


indahnya ciptaan tuhan yang x ternilai bg umatnya..penantian utk melihat bunga matahari ana berkembang mekar sudah pun berakhir..indahnya kurniaan tuhan.setiap kejadian adalah milikNya.keindahan ini juga adalah sementara.sudah sampai masanya bunga ini akn beransur layu.setelah layu dan tiada kudrat lg untuk meneruskan kehidupan maka bunga matahari ini juga akan mati ditelan zaman.begitu juga kehidupa n makhluk alam yang lain seprti haiwan, manusia,gunung ganang,alam cakerawala dan seluruh makhluk akan berhenti meminjam nafas yg hanya sementra apabila tiba masanya.keindahan yg diberi akn diambil semula oleh yg berkuasa iaitu maha pencipta kita di alam fana.x ada kata tidak semua akn berakhir apabila DIA ALLAH SWT yang satu mahu mengambil kembali hak milikNYA.sebagai hamba yg dipertanggungjawab utk bertaqwa padaNya haruslah menjalankan tggungjawab ana n semua makhluk diatas muka bumi Allah.Firman Allah SWT"dan AkU tidak jadikan jin dan manusia itu selain darpd beribadat kepadaKU"dan sama2lah kita saling mengingati dan menyeimbangkan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi. 3 perkara yg ditingglkan oleh kite n diperhitungkan setelah mati iaitu,anak yg soleh,ilmu yg bermanafaat dan sadaqatu jariah..

LaGenDa BudAk sEtaN

Melayu Oh Melayu

sayangkan kekasih tidur-tidurkan
sayangkan anak buang-buangkan

masa buat tiada fikir
semuanya enak tidak bersarung
agamanya Islam, perangainya kafir
benih dah lekat, perut berbusung

mulalah risau fikiran kacau
mana nak disorok jikalau lahir
dua pilihan cangkul atau pisau
mana-mana pun darah perlu mengalir

cari tempat recce tapak
dengan cangkul jadi pilihan
redah hutan redah semak
zuriat ditanam tanpa kasihan

perkara jahat takkan selamat
tidak pun lama rahsia bocor
umum telah temukan mayat
tertangkap sudah si pelacur

tinggal seorang lagi bangsat
pemberi benih kini dicari
mana nak sorok lagi lahanat?
tak lama nanti kau mesti kena gari

Melayu Oh Melayu

Mana dia namanya ibu bapa?
Mana dia didikan agama?
Mana dia jiran tetangga?
Mana dia pendidik dan pemimpin semua?
korang buat apa!

peranan dan tanggungjawab.
ahh, itu isi masa buat karangan.
bukan itu perlu dikaji
kelemahan dan kesilapan

sekarang siapa mau jawab?
Syaitannn!!

kata aku :
igtlah hampa2 kat luaq.aku heran btoi sai apa la menda yg trng lagi bersuluh kata haram,laknat dan seumpamanya,dok merela gatai p bg kat jantan tu ..bodo sguh perangai hampa.x paham btoi aku.bg duit suruh p mengaji alih2 hampa p lepak ngan jantan kat cc,kat kaki lima mana2 port baik punya.
hampa kena pikiaq masa depan kita sbg pempuan ni bkn dok kat tgn jntan keparat tu..tp dok dekat bkl suami kita.sabaq skit bleh x.jaga maruah tu bg lekloq supaya nati bleh luah dekat suami yg sah2 kata halal...bkn nak mengata tapi realiti kita sbg pempuan yg sgt lemah.pd jantan2 keparat hampa pun jgn dok seronok sgt.ada balasan yg setimpal dari ALLAH SWT pada hampa.jd fikir2kanlah.selamat beramal.

bEriTahu PerEmpUaN iTU..

Beritahu pada perempuan itu,
Dirinya ibara kaca,
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih…

Beriahu pada perempuan itu,
Jaga tutur kata,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu merendah dipijak pula,
Berhati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak kata buruk padahnya…

Beritahu pada perempuan itu,
Jaga pakaian, ia cermin peribadi,
Di mana dan dalam keadaan apa,
Biarlah orang kenal kita orang Melayu…

Beritahu pada perempuan itu,
Jagalah maruah,
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
Sekali tersilap langkah,
Akan di cerca selamanya,
Keturunan di hina tak sudah,
Menyesal kemudian bukan faedah…

Beritahu pada perempuan itu,
Simpan secebis malu,
Kerana malu itu sebahagian daripada iman…

Wednesday, March 10, 2010

RINdu DGn Blog Ana...




salam..huhu rindu la dekat blog ana ni.dah lama btoi x bersua n bercerita.kesibukan dalam kehidupan membuat ana x nyempat nak menulis blog ni.alhamdulillah shukur pada Allah SWT yg memberi nafas ini.ana pun dah selamat grad pd 6 march 2010.tup2 lps ja grad surat temuduga KEMAS pun sampai.shukur x terhgga pada tuhan.mgkin rezeki lps blajar nak dapat keja.perjalann konvo dan juga interview sgu selesa.tp sakit urat ms ari tebiu x habis lagi.mana x nye kena lari 2.4 km keliling stadium utama kgr perlis.bkn la jauh sgt tp dengan lama dah x lari sejauh tu jadi mcm kejang urat.tp apapun mmg enjoy gile la ms tebiu ritu.ada lompat jauh.lompat aras tgi.pk pk blk mcm temuduga kerja beruniform plak padahal penolong pegawai pembangunn masyarakat je.hehe.part 2 tebiu dgn pegarah KEMAS negeri KEdah.mule2 cuak juga sbb 1 st time tebiu ni mana la nak tau sgt rule2 yg kena wat time tebiu.hihi tp masuk je alih2 jadi enjoy sbb pengarah tu kelakar org nye.x lah nebes sgt.tulah ceritanya pasal kehidupan ana.harap2 tuhan makbul kan doa ana.dapt keja tu.amin ya rabbal alamin.

Monday, January 18, 2010

menGhEmbuS nAfaS PilU...

nAfasKu Pilu..
sampai bila hars ke menahan
padamu yang telah mengecewakan
harapan hatiku kini membeku
sakit ku rasakan
tiada lagi menyinta
gelora melanda dalam hidupku
dapatkah ku lari dengan tenang
wajah mengambarkan seribu kecewa
terasa beratnya jiwa tertekan
dalam hidupku hilang sinar dan harapan
apa salhku mengapa selalu pilu yg merundung hatiku
mungkin ini adalah cubaan dan dugaan
aku berserah padamu ya Ilahi
ku mohon seribu ketenangan
tiada kata yg bisa mengubati hatiku
hanya doa dan harapan ku pohon
sebagai ubat segala
duka yg lara dengan nafas pilu...